Thursday, July 5, 2012

Ameera,..

Sekarang ni, saya memang suka tengok cite Ameera. Yang paling buat saya geram off course la ngan watak Zila. Tapi kalau ikutkan, saya pon confirm akan jadi sewel cam die,..dahla pregnant pastu suami buat bodoh dan tak mo layan. Tapi biasela drama,..kena ikut kontrak la ape la,..

Perempuan mengandung ni memang kena perhatian yang lebih daripada suami kalau tak mula la meroyan cam si Zila tu. Ishkk,..mintak dijauhkan.. scary plak tengok macam dah kena hasut. Sian die. Dalam masa yang sama, saya percaya semua ni bergantung dengan diri kita sendiri. Emosi kena strong walaupun kadang-kadang goyah jugak.

Peringatan buat semua. Whatever it is, ingatlah Allah selalu bersama dengan kita.



Tuesday, July 3, 2012

Potty Training-Part 2

As i mentioned earlier, kalau siang Sara memang dah ok tak pakai pampers. Tak lulus lagi sepenuhnya. Kadang-kadang 3 hari straight tak bocor tapi hari ke empat 'terbocor' pulak sebab leka bermain. Saya mengambil pendekatan seterusmya dengan melatih Sara untuk tidak memakai pampers ketika keluar berjalan dan pada waktu malam.

Langkah pertama yang saya buat, saya membawa Sara ke kedai yang terletak di rumah saya. Sebelum tu, saya dah pesan, kalau nak 'cing' atau 'yak' bgtau sy. Sara yang seperti biasa excited setiap kali saya bawa ke kedai menggangguk. Sampai je kat kedai dan lepas mengambil coklat (as usual,..:P ), saya dah stat gabra bila Sara dok terkepit-kepit macam menahan sesuatu. Aiyooo,..saya dah nak bawak Sara ke toilet dekat pool and suddenly she smiled. "Tak nak la mommy, tak nak kuar puyak (pulak) ".kihkih...
Kami pon terus naik ke atas semula. 

Langkah kedua ialah sewaktu Sara tidur. Oleh kerana keadaan saya yang sekarang ni tengah terlalu sarat dan kandungan saya nak masuk 8 bulan, saya memikirkan alternatif mudah untuk menyenangkan tugas saya andaikata Sara melepas ketika tidur. Saya meletakkan tilam kecil (biru) sewaktu Sara masih bayi lagi di atas katil dan dijadikan sebagai pelapik. Dengan ini, sekiranya Sara melepas, saya hanya perlu membasuh dan menjemur tilam kecil tersebut. Sebelum tidur, saya menyuruh Sara membuang air kecil dulu. Sepanjang malam pula, saya akan memeriksa tilam kecil biru Sara andaikata basah. Alhamdulillah, setakat ni takde lagi kebocoran dan bila bangun je dari tidur waktu pagi Sara sendiri yang cakap nak ke toyet (toilet).




Saya masih lagi perlu melatih Sara sekurang-kurangnya lagi sebulan. Saya pernah terbaca artikel didalam majalah dan beberapa blog yang mengatakan adakalanya anak kita akan kembali kepada keadaan asal andaikata kita tak melatih secara konsisten. Malah, ada juga ibu bapa yang memakaikan pampers kembali. Saya juga pernah putus asa sewaktu melatih Sara seawal usia setahun 8 bulan dan saya dapati Sara masih lagi didalam dunia fantasinya. Ini kerana Sara terlalu leka bermain dan tidak hiraukan 'air kecil' yang mengalir walaupun saya puas memesan. Bila Sara dah masuk 2 tahun 5 bulan, saya nekad untuk melatih Sara kerana saya dapati minda Sara dah  semakin berkembang dan mula menunjukkan yang Sara sudah boleh menerima arahan, memahami keadaan sekeliling dan yang paling penting Sara dah ada 'benchmark' untuk saya melatihnya iaitu dengan menggunakan  karektar kartun kegemarannya iaitu Upin dan Ipin. 

Saya sentiasa memberitahu Sara ketika dia asyik melihat Upin Ipin di youtube.
' tengok  sayang, Upin Ipin tak pakai pampers' 
' tengok tu sayang, Upin Ipin gi toyet(toilet) bile nak 'cing',..bile nak 'yak'.

Pendekatan saya berjaya kerana Sara memang seronok dan gembira setiap kali saya tepuk tangan bila Sara berlari ke toilet dan saya pon memujinya,..
'yeaayy,..Sara dah pandai macam Upin Ipin'...

Saya cukup kagum dengan semangat ibubapa yang melatih anak untuk tidak memakai pampers seawal usia setahun lebih. Bagi saya, semua ni bergantung dengan penerimaan, tingkah laku dan keadaan anak masing-masing. Saya sendiri pernah melatih Sara sebelum usia Sara menjangkau 2 tahun tapi saya dapati Sara masih lagi belum mahu menerima arahan saya sehingglah setiap kali solat, saya berdoa agar Allah membuka pintu hati anak kecil saya untuk menerima apa jua arahan dan teguran saya.

Alhamdulillah,.. saya masih perlu terus cekal dan sabar kerana mungkin esok atau lusa, Sara akan kembali kepada tabiat lama cuma saya sendiri perlukan kekuatan ditahap maksima memandangkan saya sendiri adakalanya menghadapi tekanan kerana perlu ulang alik ke tandas dengan keadaan yang semakin sarat untuk membasuh kerana Sara masih lagi tidak mampu untuk membasuh dengan sempurna. Saya bersyukur sebab suami saya juga turut membantu. Lagi 5 bulan Sara akan memasuki angka 3 tahun dan saya perlu memastikan niat murni saya akan tercapai juga.

InsyaAllah.





Friday, June 29, 2012

Potty Training

Gambar sekadar hiasan. :)

Alhamdulillah, finally at age 2y6m, i managed to train Sara not to wear her diaper. Harapan saya semoga Sara dah tak pakai diaper bila masuk 3 tahun bulan 11 nanti. Dah kena allocate budget diaper untuk adik pulak.. :) Tapi waktu siang je la setakat ni Sara berjaya. Waktu malam dan bile keluar berjalan masih lagi pakai. Reason being, mommy Sara yg tgh pregnant ni tak ready lagi nak buat kerja tambahan. hikhik

Berbulan, i've trained my girl but not everyday. Depends on my mood sebab permulaan memang menguji kesabaran. Setiap 2 jam, saya akan tanya samaada nak buang air ataupun tidak. Buat permulaannya, bila dah melepas baru bagitau. Just imagine, bile perut dah makin memboyot ni, terpaksa lap air kencing for few times..huhu..naik angin jugak la,..Akibatnye mommy terbabap few times..sorry cayang

Setiap kali solat, saya berdoa semoga Allah berikan saya kekuatan untuk mendidik anak saya sendiri sehingga berjaya. Allah menguji dan kesabaran saya akhirnya dibalas dengan satu perasaan sayu. Yap, anak saya dah faham dan dah makin membesar rupanya.


The cutest moment was when Sara begged me to wear her diaper sbb penat berlari ke toilet dan membuka seluar.

Bravo sayang. Keep up your good job!!


Thursday, June 28, 2012

The Fabulous Mawar


Welcome folks!!.

This is my new blog. New contents off course. Basically, i will focus more on my journey as a mother. One month to go and my princess, Sara will be meeting up her adik soon. 

InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan. 

Amin